PADA 25 Jun 1973, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Bagi Mengkaji Filem Yang Menimbulkan Persoalan mengesyorkan supaya kerajaan mengharamkan kemasukan dan penayangan filem-filem seks, jenayah dan keganasan seperti yang terdapat pada masa sekarang.
Laporan rasmi jawatankuasa itu berkata, ia memandangkan kepada akibat-akibat yang boleh ditimbulkan dengan penayangan filem tersebut demi menjaga kepentingan kesopanan maruah, ketenteraman dan keselamatan rakyat.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 25 Jun 1968
Sultan Pahang merasmikan pembukaan pangkalan baharu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan. - 25 Jun 1969
Singapura mengesahkan pembelian kereta-kereta kebal jenis AMX-30 dari Israel. - 25 Jun 1970
A.R. Tompel 53 tahun dan Ruminah Sidek 24 tahun (Mak Mah) melangsungkan perkahwinan setelah lima tahun menjadi pasangan lawak jenaka di pentas pertunjukan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]