DALAM laporan Utusan Malaysia pada 7 Jun 1979, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah bertitah, tambahan peruntukan kewangan yang besar di bawah kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) menjadi bukti niat kerajaan dalam meningkatkan taraf ekonomi rakyat.
Kerajaan, tambah Seri Paduka sentiasa berazam dan berusaha memperbaiki taraf hidup golongan miskin dan berpendapatan rendah.
Seri Paduka bertitah demikian sempena ulang tahun keputeraan baginda ke-49 di Istana Negara.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 7 Jun 1971
Soviet Union melancarkan kapal angkasa Soyuz II ke angkasa lepas dalam usaha melakukan satu lagi percantuman dengan Stesen Angkasa Salyut yang masih beredar mengelilingi bumi. - 7 Jun 1974
Wabak cacar paling berbahaya di dunia telah membunuh hampir 25,000 orang di seluruh India. - 7 Jun 1975
Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan ajaran Qadiani bukan lagi dari golongan Islam.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]