Petronas buka stesen minyak - Utusan Malaysia

Petronas buka stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Jun 1979, Petronas membuka lembaran baharu apabila tiga buah stesen minyaknya yang pertama dibuka di Wilayah Persekutuan dan Petaling Jaya, khusus bagi mengatasi kekurangan diesel dan minyak tanah.

Tiga stesen minyak tersebut ialah di Jalan Enggang Datuk Keramat, Jalan Kepong dan Jalan SS 3/39 dekat kawasan perdagangan bebas Sungai Way-Subang. Ia adalah usaha Petronas memasarkan sendiri minyak diesel dan minyak tanah agar dapat meyakinkan orang ramai bahawa kedua-dua bahan tersebut boleh didapati pada bila-bila masa sekali gus mengelakkan pembelian tergesa-gesa menyebabkan kejadian sorok barang dan sebagainya.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 5 Jun 1968
    Siri TV Samurai yang terkenal dengan watak Shintaro sedang dalam proses alih suara ke bahasa kebangsaan dan bakal ditayangkan pada Julai ini.
  • 5 Jun 1972
    Kerajaan Kedah akan membuka tanah seluas 1,011 hektar di Pulau Langkawi untuk projek-projek tanah pinggir dan tanah belia pada tahun hadapan.
  • 5 Jun 1975
    Raja bola sepak, Pele menandatangani kontrak bermain bersama pasukan Cosmos New York.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya