Menteri Besar Pahang letak jawatan - Utusan Malaysia

Menteri Besar Pahang letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 30 Jun 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Besar Pahang, Tan Sri Yahya Mohamed Seh meletakkan jawatannya secara sukarela pada 1 Julai.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak dalam majlis jamuan makan di kediaman Menteri Besar Jalan Teluk Chempedak.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sanggang yang menjawat jawatan tersebut sejak 1964 digantikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Abdul Aziz Ahmad.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 30 Jun 1968
    Universiti Malaya mencipta sejarah baharu apabila mencatat bilangan terbesar iaitu seramai 1,084 siswazahnya menerima ijazah masing-masing di Dewan Tunku Canselor universiti tersebut.
  • 30 Jun 1970
    Menteri Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail mengarahkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bertindak secara senyap-senyap tetapi dengan lebih berkesan.
  • 30 Jun 1977
    Polis memberkas 86 orang anggota Liga Pembebasan Kebangsaan Malaya (MNLL) sekali gus melumpuhkan usaha PKM mewujudkan tapak baharu kegiatan mereka.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN