Konflik kuasa dalam Parti Gerakan - Utusan Malaysia

Konflik kuasa dalam Parti Gerakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 24 Jun 1971, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kemelut kuasa dalam Parti Gerakan menunjukkan parti itu menghadapi krisis pucuk pimpinan.

Prof. Syed Hussein Al-Attas yang meletak jawatan sebagai Pengerusi Gerakan sebelum keluar dari parti itu kira-kira dua minggu lalu, kembali bertindak mengambil semula jawatan tersebut.

Sementara itu, Dr. Lim Chong Eu berkata, beliau masih lagi Pemangku Pengerusi Gerakan.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 24 Jun 1968
    Menteri Pengangkutan,Tan Sri Sardon Jubir berkata, Keretapi Tanah Melayu mengalami kerugian RM23 juta sejak enam tahun lalu akibat persaingan hebat dengan pengangkutan jalan raya.
  • 24 Jun 1970
    Pakar mengenai binatang, Seth Ajayi dari Nigeria pada Persidangan Makanan Sedunia berkata, tikus tebu dan siput babi besar boleh dipelihara besar-besaran untuk dijadikan makanan tambahan di Afrika.
  • 24 Jun 1975
    Juara tinju heavyweight dunia Muhammad Ali mahu bersara dari dunia tinju profesional selepas menentang Joe Bugner pada 1 Julai depan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya