PADA 8 Jun 1974, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahman Hashim ditembak mati dengan kejam oleh dua lelaki yang tidak dikenali dalam kejadian semalam.
Allahyarham meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur kira-kira pukul 8.30 pagi, dalam tempoh 10 minit selepas beliau ditembak beberapa das di persimpangan Jalan Tun Perak dan Jalan Raja Chulan sebelah bangunan Lee Yan Lian.
Kejadian itu merupakan pembunuhan yang pertama ke atas orang kenamaan dalam sejarah negara dan pembunuhan ke-14 berlaku di Kuala Lumpur pada tahun itu.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 8 Jun 1975
Rombongan Joe Bugner, juara heavyweight Britain dan Eropah tiba di Kuala Lumpur untuk mencabar juara heavyweight dunia, Muhammad Ali pada 1 Julai 1975. - 8 Jun 1977
Pemangku Perdana Menteri, Dr. Mahathir Mohamad dikurniakan bintang Seri Setia Diraja Kedah (SSDK) yang membawa gelaran Datuk Seri. - 8 Jun 1984
Proton Saga disahkan sebagai nama kereta nasional Malaysia dan anggota tentera Ismail Jaafar dari Markas Jurutera dan Jentera, Pulau Pinang diumumkan sebagai pemenang menamakan kereta nasional tersebut.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]