Kertas Putih Bank Rakyat - Utusan Malaysia

Kertas Putih Bank Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 22 Jun 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan kegagalan Jemaah Pengarah Bank Rakyat menggunakan kuasa serta menjalankan tanggungjawab dengan sempurna adalah punca yang membawakan berlakunya banyak perbuatan salah di bank itu hingga mengakibatkan ia dianggap muflis pada penghujung tahun 1975.

Demikian rumusan kerajaan dalam Kertas Putih yang dibentangkan oleh Menteri Pertanian, Datuk Shariff Ahmad mengenai ‘Kedudukan Bank Rakyat’ yang dibentangkan di Dewan Rakyat semalam. Akhbar Utusan juga melaporkan secara terperinci Kertas Putih berkenaan di muka surat 2, 3, 8, 10, 11, 12, 13, 17, 20, 23 dan 24.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 22 Jun 1970
    Bekas Presiden Indonesia, Sukarno, 69 tahun, meninggal dunia di Rumah Sakit Besar Tentera kira-kira jam 7.10 pagi.
  • 22 Jun 1973
    Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin mengumumkan Malaysia telah mengapungkan ringgit Malaysia ke atas ekoran kadar pertukaran mata wang Malaysia-Amerika yang tinggi.
  • 22 Jun 1984
    TV3 akan mula menyiarkan Berita Perdana pada pukul 8 malam dengan RTM secara serentak mulai 1 Julai ini.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya