Kapal Rasa Sayang terbakar - Utusan Malaysia

Kapal Rasa Sayang terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 3 Jun 1977, dua orang anak kapal terbunuh manakala tiga lagi hilang ketika cuba memadamkan kebakaran melibatkan kapal pesiaran, M.S Rasa Sayang di Selat Melaka berhampiran Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kebakaran berlaku ketika kapal yang membawa 650 orang penumpang dan 150 orang anak kapal sedang dalam pelayaran dari Singapura ke Pulau Pinang.

Kebanyakan penumpang adalah pelancong dari 17 buah negara.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 3 Jun 1969
    Kira-kira 12,000 orang penuntut menengah tingkatan tiga hingga enam di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya kembali ke sekolah buat pertama kalinya selepas Tragedi 13 Mei.
  • 3 Jun 1972
    Kawasan Perusahaan Senawang yang dibuka sejak 1965 semakin dikenali. Sebanyak tujuh buah kilang dibina yang menawarkan 1,000 peluang pekerjaan.
  • 3 Jun 1979
    Atlet jalan kaki, V. Subramaniam dan pemain badminton, Sylvia Ng diisytiharkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 1978 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya