PADA 29 Jun 1969, akhbar Mingguan Malaysia melaporkan sekurang-kurangnya 120 orang mati akibat serangan wabak taun di enam buah negara di Asia Tenggara sejak beberapa minggu lalu.
Negara yang penduduknya dijangkiti wabak tersebut ialah Thailand, Indonesia, Filipina, Laos, Burma dan Malaysia.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 29 Jun 1968
Kerajaan peruntukkan RM85 juta untuk menghapuskan penyakit malaria yang mengancam 200,000 penduduk luar bandar dalam masa 10 tahun akan datang. - 29 Jun 1972
Sultan Perak umum Daerah Kecil Parit dan Daerah Kampung Gajah akan disatukan menjadi sebuah jajahan baharu, iaitu jajahan ke-9 Perak. - 29 Jun 1982
Penyerang Jerman, Karl Heinz Rummenigge dilanda kecederaan ketika negara tersebut menentang musuh ketatnya England di pusingan kedua bola sepak Piala Dunia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]