Pada 1 Mei 1968, Undang-undang Pegawai Awam (Peraturan dan Disiplin) yang baharu dilulus menyaksikan dua pegawai kanan kerajaan memohon untuk berhenti daripada perkhidmatan berikutan dengan pelaksanaan undang-undang tersebut.
Di bawah undang-undang itu, pegawai kerajaan yang didapati hidup mewah melebihi pendapatan boleh dipanggil untuk memberi keterangan mengenai dirinya. Jika penjelasan yang diberikan tidak memuaskan, pegawai tersebut boleh dipecat atau diminta supaya berhenti daripada perkhidmatannya.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 1 Mei 1975
Vietnam Selatan secara rasmi menyerah kepada Vietcong sekali gus menamatkan perang Vietnam sejak 30 tahun lalu. Saigon akan dinamakan Bandar Ho Chi Minh. - 1 Mei 1979
Upah menanam padi di MADA meningkat hingga RM10 tiap satu relung menjadikan kadar upah naik antara RM35 hingga RM40 serelung. - 1 Mei 1980
Sir Alfred Hitchcock yang terkenal dengan cerita-cerita seram meninggal dunia pada usia 80 tahun di Los Angeles.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]