Telaga minyak di Kuantan - Utusan Malaysia

Telaga minyak di Kuantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 31 Mei 1973, sebuah telaga minyak yang boleh mengeluarkan 6,000 tong minyak sehari dijumpai kira-kira 241 kilometer di perairan Kuantan. Menurut Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, ia merupakan yang pertama kali telaga minyak dijumpai di Malaysia Barat.

Telaga ini dijumpai oleh Continental Oil Company (CONOCO) bersama rakan mereka, The Broken Hill Proprietory (BHP) dan El Paso yang telah menjalankan kerja-kerja carigali di perairan tersebut. Angka pengeluarannya lebih besar dari dua buah telaga minyak yang dijumpai oleh Shell dan Esso di perairan Sabah sebelum ini.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 31 Mei 1968
    Kerajaan Negeri Johor menyediakan peruntukan sebanyak RM700,000 melalui empat buah tabung biasiswa kepada penuntut di negeri tersebut.
  • 31 Mei 1971
    Lebih 500 keluarga terdiri daripada buruh kasar dan penarik beca yang mendiami rumah rakit di Sungai Kelantan hidup dalam ketakutan setiap kali banjir melanda.
  • 31 Mei 1975
    Pasar Minggu Changkat Jering yang dibuka pada 1925 atas galakan Sultan Perak, Sultan Alang Iskandar adalah yang tertua dan termasyur di Malaysia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya