RM14.35 bilion untuk RMK-2 - Utusan Malaysia

RM14.35 bilion untuk RMK-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 28 Mei 1971, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengumumkan, sejumlah RM14.35 bilion akan dibelanjakan di bawah Rancangan Malaysia Kedua(RMK-2), selaras dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh rancangan lima tahun itu, kira-kira 600,000 peluang pekerjaan akan dengan sasaran kadar pengangguran dapat dihadkan setakat 7.3 peratus dari keseluruhan tenaga buruh negara.

RMK-2 juga menyasarkan Keluaran Negara Kasar (KNK) berkembang 6.5 peratus setahun dan akan menghasilkan pendapatan per kapita RM1,300 pada 1975 berbanding RM1,080 pada tahun 1970.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 28 Mei 1968
    Kira-kira 70,000 ibu dari seluruh Semenanjung Malaysia menerima pil perancang keluarga dari Lembaga Perancang Keluarga Kebangsaan sejak ia dilancarkan tahun lalu.
  • 28 Mei 1973
    Raja Perlis menyifatkan 1972 sebagai tahun bersejarah bagi negeri itu kerana terlaksananya dua rancangan besar iaitu pengeluaran gula 200 tan sehari dan perusahaan simen di Chuping.
  • 28 Mei 1977
    Menteri Perhubungan, Tan Sri V. Manickavasagam berkata, sebanyak 300,000 talian baharu telefon akan diwujudkan di seluruh negara dalam Rancangan Malaysia Ketiga.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya