RM12 juta bina 10 sekolah sains - Utusan Malaysia

RM12 juta bina 10 sekolah sains

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Mei 1971, Kementerian Pelajaran akan membina 10 buah sekolah menengah sains sebagai perintis kepada sekolah berasrama yang menelan belanja RM12 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua.

Menterinya, Hussein Onn berkata, sekolah-sekolah tersebut akan menumpukan kepada pengajaran sains dan teknik.

Dalam masa yang sama, Kementerian Pelajaran juga akan melatih semula 12,800 guru untuk melengkapkan mereka dengan kaedah pengajaran terbaharu dalam subjek sains dan matematik.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 27 Mei 1971
    Perdana Menteri, Tun Abdul Razak menjadi pelawat yang ke 8,846,796 di Muzium Negara sejak ia dibuka pada Ogos 1963.
  • 27 Mei 1977
    Liverpool menjadi pasukan kedua dari England menjuarai bola sepak Piala Eropah setelah Manchester United melakukannya pada tahun 1968.
  • 27 Mei 1980
    Kementerian Penerangan memperuntukkan RM2.1 juta bagi membina stesen pemancar televisyen di Gunung Pulai, Johor yang dijangka siap awal tahun 1981.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya