Piala Thomas Ke-8 bermula - Utusan Malaysia

Piala Thomas Ke-8 bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Mei 1970, Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merasmikan upacara pembukaan peringkat akhir Piala Thomas Ke-8 di Stadium Negara.

Ini merupakan kali pertama Malaysia dipilih sebagai tuan rumah kejohanan tersebut sejak diperkenalkan pada tahun 1948.

Daripada 24 negara yang menyertai kejohanan tersebut, hanya lima buah negara bertanding di peringkat akhir iaitu Malaysia, Indonesia, Denmark, Kanada dan New Zealand.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 29 Mei 1968
    Sekumpulan penyelidik tempatan menjumpai sebuah bandar purba dipercayai pelabuhan terpenting di Asia kira-kira 1,000 tahun lalu di sebuah bukit dekat Muara Sungai Merbok, Kedah.
  • 29 Mei 1969
    Darurat yang diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 15 Mei 1969 digazetkan di dalam Warta Kerajaan.
  • 29 Mei 1973
    Kementerian Pelajaran menubuhkan Unit Perpustakaan dalam bahagian sekolah dan ia telah diasingkan daripada biro buku teks sejak Mac tahun yang sama.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya