Pada 24 Mei 1975, sebuah persatuan yang menyatukan tenaga pemborong-pemborong Melayu seluruh negara ditubuhkan di Kuala Lumpur.
Penubuhan badan pusat yang diberi nama “Persatuan Pemborong Binaan Bumiputera Malaysia” itu bertujuan untuk menggembeling tenaga dalam usaha untuk meningkatkan taraf pemborong-pemborong Melayu yang selama ini hanya terdapat di peringkat negeri sahaja.
Antara masalah yang sering dihadapi oleh pemborong-pemborong bumiputera ialah bersaiz kecil dan sering ditindas.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 24 Mei 1970
Polis melarang tujuh barang dibawa masuk ke stadium ketika menyaksikan Kejohanan Piala Thomas bermula 28 Mei ini, iaitu kamera, cermin, botol minuman,lampu suluh, radio transister dan alat bunyian. - 24 Mei 1971
Ketua Pengarah Pelajaran, Hamdan Sheikh Tahir umum 10 buah sekolah setaraf Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) akan dibina dalam RMK-2. - 24 Mei 1978
Raja Nepal, Raja Birendra Bir Bikram Shah Deva tiba di Malaysia untuk lawatan tidak rasmi selama 4 hari.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]