Pemindahan ibu negeri ke Shah Alam - Utusan Malaysia

Pemindahan ibu negeri ke Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 10 Mei 1973, Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris mengumumkan kerajaan Pusat akan membayar saguhati pendahuluan sebanyak RM200 juta kepada kerajaan negeri Selangor untuk memindahkan ibu negeri ke Shah Alam.

Serentak dengan itu, sebuah jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji nilai harta negeri Selangor di Kuala Lumpur.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 10 Mei 1970
    Filem arahan dan lakonan Tan Sri P. Ramlee ‘Doktor Rushdi’ yang banyak membuat pembaharuan dari segi ‘setting dan muzik’ akan ditayangkan tidak lama lagi.
  • 10 Mei 1971
    Amerika Syarikat gagal menghantar kapal angkasa Mariner 8 ke Marikh. Ia terhempas ke Lautan Atlantik sejurus selepas dilancarkan.
  • 10 Mei 1972
    Jaguh lompat tinggi wanita negara, Gladys Chai Ng Mei mengatasi halangan 1.61 meter dalam Kejohanan Olahraga Terbuka di Bonn, Jerman sekali gus mengatasi rekod Sukan SEAP oleh peserta Burma (1.59 meter) tahun lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya