Pada pilihan raya umum 9 Mei 1969. Parti Perikatan berhadapan dengan keputusan mengejutkan. Ketika proses pengiraan memasuki pukul 7 pagi pada 11 Mei 1969, mereka hanya memenangi 73 kerusi Parlimen. Perikatan memerlukan 14 buah kerusi lagi untuk menubuhkan Kerajaan Pusat. Perikatan berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri iaitu Perlis, Johor, Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Manakala Pulau Pinang telah jatuh ke tangan parti Gerakan.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 11 Mei 1968
Kapal perang TLDM, K.D. Hang Jebat sedang dalam pembinaan di Limbungan Kapal Yarrow. Glasgow, Scotland. - 11 Mei 1972
Pelanggan telefon di Kajang sudah boleh membuat panggilan terus (STD) ke bandar-bandar di Malaysia Barat dan Singapura. - 11 Mei 1977
Kinabalu International Hotel dengan kemudahan 350 bilik bertaraf antarabangsa dibuka dengan rasminya oleh TPM, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected].