PADA 19 Mei 1975, pesawat Concorde milik British Airways buat pertama kalinya mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang.
Pesawat supersonik yang sedang menguji kemampuan penerbangannya itu singgah selama dua jam di Subang, sebelum meneruskan perjalanan ke London melalui Singapura, Bombay dan Bahrain.
Pesawat berharga AS$60 juta itu boleh membawa 128 penumpang dan mampu mencecah kelajuan 1,350 batu sejam.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 19 Mei 1973
Cawangan ke-119 Malayan Banking dibuka di pusat beli-belah Jalan Ampang. - 19 Mei 1975
Jambatan Temerloh bernilai RM16.5 juta dirasmikan oleh Sultan Pahang dan dinamakan Jambatan Sultan Ahmad Shah. - 19 Mei 1980
Komputer mengawal lalu lintas Kuala Lumpur bermula 31 Mei 1980.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]