PADA 4 April 1968, Utusan Malaysia melaporkan orang ramai yang tidak berdiri tegak memberi hormat apabila Lagu Kebangsaan dimainkan akan ditangkap mulai 5 April 1968.
Pengumuman arahan tersebut dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ismail Nasiruddin Shah dalam Warta Kerajaan pada tarikh pelaksanaannya.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 4 April 1972
Pemain Empat Nombor Ekor mula dikenakan cukai judi. - 4 April 1976
Seramai 100 orang lagi pelajar dalam gerakan ‘Gestapo’ di Institut Teknologi Mara (ITM) akan diadili. - 4 April 1982
Kapal-kapal perang British menunggu perintah untuk menawan semula Kepulauan Falkland berikutan penawanannya oleh 4,000 orang anggota marin Argentina.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected] .