PADA 7 April 1970, Stesen Satelit Bumi di Kuantan, Pahang yang berharga RM9 juta telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman.
Serentak dengan perasmian tersebut, penduduk di negara ini dapat menyaksikan siaran langsung yang dipancarkan dari Jepun. Ia adalah perbualan Duta Besar Malaysia ke Jepun, Hussein Osman dengan Tunku Abdul Rahman.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 7 April 1968
Enam empangan di Sungai Bengawan Solo di Pulau Jawa pecah menyebabkan banjir berlaku di 11 daerah. Sebanyak 55,000 terpaksa dipindahkan dan 12,000 hektar tanah ditenggelami air. - 7 April 1971
Dianggarkan kira-kira 200,000 orang penduduk Malaysia menghidap diabetes. - 7 April 1984
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Ordinan Pekerja 1955 akan dipinda sebagai satu langkah mencapai matlamat 70 juta penduduk.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]