PADA 30 April 1969, Menteri Kewangan, Tun Tan Siew Sin yang juga Yang Dipertua MCA memberi cadangan kepada penaja Universiti Merdeka agar para pemimpin kaum Cina menyatukan tenaga mereka untuk mewujudkan sebuah sahaja universiti sebagaimana yang mereka cita-citakan.
Menurut beliau, jika kedua-dua pihak penaja Universiti Merdeka dan Kolej Tunku Abdul Rahman saling membantu, maka sebuah universiti yang dicita-citakan oleh kaum Cina akan dapat diwujudkan tanpa sebarang kekecohan.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 30 April 1969
Siri TV “The High Chaparral” kembali ditayangkan oleh RTM setelah diberhentikan beberapa lama dahulu. - 30 April 1974
Sebuah kompleks menelan belanja jutaan ringgit akan didirikan di Mekah bagi kemudahan jemaah haji Malaysia. - 30 April 1976
Keretapi Tanah Melayu menghentikan khidmatnya ke Sungai Golok, Kelantan sejak 19 April lalu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]