Pada 10 April 1972, Selangor kekal sebagai “gergasi” bola sepak negara berikutan kejayaan menundukkan Perak 3-0 dalam perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Dua gol kemenangan Selangor telah dijaringkan oleh pemain baharunya, Mokhtar Dahari dan Mohd. Shah Norbit manakala gol ketiga disumbangkan oleh pemain antarabangsa, Rahim Abdullah.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 10 April 1968
Bandar Mersing kembali ‘bernyawa’ setelah lengang ekoran musim tengkujuh yang menyebabkan ramai pelaut kembali ke kampung masingmasing khususnya dari Terengganu. - 10 April 1982
Filem “Sikit Punya Gila” dilancarkan buat kali kedua di bawah Indra Film setelah pelancaran pertama setahun sebelumnya di bawah syarikat filem Saujana gagal. - 10 April 1983
Tingkat 6, bangunan Angkasapuri terbakar.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]