PADA 27 April 1971, RM18 juta akan dibelanjakan ke atas 27 projek untuk melengkapkan Kolej Pertanian, Serdang sebagai Universiti Pertanian Malaysia.
Universiti Pertanian dijangka memulakan kuliahnya pada tahun 1973 dan bilangan mahasiswanya akan meningkat kepada 2,000 orang menjelang tahun 1975. Dr. Rashdan Baba yang kini Pengetua Kolej Pertanian Serdang telah dilantik sebagai Naib Canselor universiti tersebut.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 27 April 1970
Kementerian Dalam Negeri mengharamkan kemasukan dan penjualan buku ‘The Malay Dilemma’ karya Tun Dr. Mahathir Mohammad. - 27 April 1973
Dewan Rakyat meluluskan rang undang-undang pindaan perlembagaan Kuala Lumpur akan dijadikan kawasan Persekutuan. - 27 April 1979
Majlis Perbandaran Seberang Prai giat melaksanakan program pembinaan tandas curah bagi penduduk luar bandar untuk meningkatkan taraf kesihatan mereka.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn. Bhd.. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]