PADA 3 April 1977, bintang bola sepak negara Mokhtar Dahari dan jaguh lompat pagar 100 meter, Marina Chin dipilih sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan bagi tahun 1976.
Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan, Datuk Samad Idris menyampaikan hadiah kemenangan tersebut. Seramai 25 peserta termasuk tujuh wanita telah dicalonkan oleh 25 badan sukan untuk merebut gelaran berkenaan.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 3 April 1968
Ruminah Sidek (Mak Mah) menjadi rebutan pengarah filem di Studio Merdeka. - 3 April 1977
Persatuan Sepak Bola Amatur Pahang menimbang menyertai semula Kejohanan Piala Malaysia pada tahun 1978 setelah menarik diri daripada kejohanan tersebut. - 3 April 1978
Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) sedang memajukan kawasan seluas 60 hektar di Kuala Nerus, Terengganu untuk menubuhkan Pusat Pengajian Sains Marin.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]