PADA 24 April 1978, Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang ditahan di rumahnya di Taman Sinn, Ujong Pasir atas lima pertuduhan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.
mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972. Beliau yang juga Ketua Pembangkang dan Ahli Dewan Rakyat Kota Melaka dibawa ke Balai Polis Melaka Tengah sebelum dibebaskan sejam kemudian dengan ikat jamin RM4,000 oleh dua orang penjamin.
Kit Siang dihadapkan ke mahkamah pada keesokan harinya atas tuduhan mengikut Seksyen 8 dan 11 akta tersebut.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 24 April 1969
Pemindahan kedua-dua belah mata manusia yang pertama di dunia dilakukan oleh Hospital Methodist, Texas di Amerika Syarikat. - 24 April 1970
Mat Kilau memberi kebenaran kepada Syarikat Utusan Melayu untuk mencetak ketiga-tiga kitab kepunyaannya. - 24 April 1979
Sime Darby Holdings Limited (SDHL) mengumumkan butiran awal mengenai rancangannya memindahkan syarikat induk Kumpulan Sime Darby dari London ke Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]