PADA 20 April 1977, Pendaftar Pertubuhan menjelaskan pertubuhan Freemason dibenarkan bergerak di negara ini kerana tidak menyalahi undang-undang, malah menganggap kegiatannya tidak mengganggu keamanan dan ketenteraman rakyat.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 20 April 1970
Kira-kira 300 orang penduduk Pulau Aman, Pulau Pinang merayu kerajaan membantu mereka menjadi peneroka di Pahang. - 20 April 1975
Hanya sebuah sahaja perusahaan milik penuh bumiputera antara 38 permohonan mendapatkan tapak tanah di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Johor. - 20 April 1979
Presiden seumur hidup FAM, Tunku Abdul Rahman berpendapat negara Eropah wajar diundang ke Kejohanan Pestabola Merdeka.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected].