PADA 2 April 1972, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah merasmikan pelancaran Projek Pengairan Muda di Pelubang, Jitra, Kedah.
Projek untuk tanaman padi dua kali setahun itu yang meliputi kira-kira kawasan seluas 260,000 ekar adalah rancangan pengairan yang terbesar di Malaysia untuk faedah lebih 325,000 penduduk di Kedah dan Perlis.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 2 April 1968
Presiden Johnson umum tarik diri untuk kembali bertanding jawatan Presiden Amerika Syarikat. - 2 April 1975
Pemerintah baharu Arab Saudi, Al Malik Khalid teruskan ikrar bebaskan Baitulmaqdis daripada Israel. - 2 April 1979
Penguatkuasaan penggunaan tali pinggang keledar bermula.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]