PADA 21 Mac 1968, Penolong Pendaftar Universiti Malaya, Teh Tuck Soon mengumumkan mulai tahun ini Universiti Malaya (UM) tidak lagi mengambil rakyat Singapura untuk belajar sebaliknya terhad kepada penuntut tempatan.
Seramai 3,000 permohonan diterima untuk belajar dalam tahun pertama di universiti tersebut pada tahun ini dan daripada jumlah itu seramai 1,800 orang dijangka diterima masuk.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 21 MAC 1969
Parlimen Malaysia dibubarkan, hari mengundi pada 10 Mei. - 21 MAC 1977
Kemarau teruk melanda Kedah dan Perlis, dua pertiga air Empangan Pedu kering. - 21 MAC 1978
Malaysia merupakan negara pertama di Asia dibenarkan menjalankan sebarang perlumbaan basikal bertaraf semi profesional.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected] .