PADA 5 Mac 1972 Perdana Menteri, Tun Abdul Razak mengumumkan Rancangan Terengganu Tengah seluas 300,000 ekar yang akan dijadikan kawasan projek pembangunan yang disatukan. Dua lagi projek ialah membuka kawasan seluas 400,000 ekar di Ulu Terengganu dan Besut serta membina jalan raya sejauh 82 batu melalui projek-projek tersebut yang bakal menjadi laluan utama menghubungkan kawasan luar bandar.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 5 MAC 1968
Kira-kira 10,000 ekar sawah di Sungai Manek, Perak buat pertama kalinya ditanam padi jenis luar musim. - 5 MAC 1974
Malaysia mengharamkan perdagangan eksport dan import dengan Israel. - 5 MAC 1977
Kerajaan Singapura bertindak ke atas golongan pro komunis.
Dapatkan maklumat lanjut dari Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]