PADA 30 Mac 1982 di Arena Wembley, pasangan adik-beradik Razif dan Jailani Sidek menggemparkan dunia badminton antarabangsa apabila muncul juara beregu lelaki pada Kejohanan Badminton All England.
Dalam pertandingan akhir penuh dramatik itu, pasangan muda negara menumpaskan gandingan Billy Gilliland dan Dan Travers dari Scotland 8–15, 15–9, 15–10.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 30 Mac 1972
Menteri Pelajaran Tun Hussein Onn mengumumkan ujian lisan bahasa Malaysia diwajibkan kepada semua calon peperiksaan MCE dan SPM mulai tahun 1973. - 30 Mac 1973
Amerika Syarikat secara rasmi menamatkan campur tangan tenteranya di Vietnam dengan mengeluarkan kumpulan terakhir 2,500 askarnya dari negara itu. - 30 Mac 1979
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim, 61 tahun mangkat di Istana Negara kira-kira pukul 3.45 petang.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian
bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]