PADA 11 Mac 1971 Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman menjelaskan syarikat Penerbangan Malaysia-Singapura (MSA) berpecah kerana perbezaan kepentingan yang ketara antara kedua-dua negara.
Malaysia mempunyai kawasan pedalaman yang luas dan memerlukan perkhidmatan penerbangan dalam negeri berbanding Singapura yang hanya sebuah pulau kecil yang fokus perkhidmatannya bersifat antarabangsa.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK :
- 11 MAC 1973
Siri satu Penjara Pudu yang penuh rahsia mula diterbitkan. - 11 MAC 1974
Lima daerah di Pahang (Bentong, Raub, Kuala Lipis, Jerantut dan Temerloh) dalam Perintah Kawalan Kawasan. - 11 MAC 1977
Bantah penayangan filem ‘Muhammad Messenger of God’ di Washington, Amerika.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]