PADA 10 Mac 1968, Piala Malaysia yang menjadi rebutan dalam liga bola sepak negara tampil dalam bentuk baharu. Piala lama yang usianya sudah 40 tahun itu kini diabadikan di Muzium Negara.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 10 MAC 1971
Juara tinju heavyweight dunia, Joe Frazier mengekalkan kejuaraannya apabila mengalahkan Muhammad Ali menerusi kiraan mata dalam pertarungan 15 pusingan. - 10 MAC 1974
MCA Pulau Pinang mengisytiharkan tentangan terhadap konsep Barisan Nasional. - 10 MAC 1978
Kompleks Muzium Laut pertama bernilai RM1.3 juta dalam pembinaan di Rantau Abang, Terengganu.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di 03-74556428 atau emel [email protected]