PADA 22 Mac 1972 – buat pertama kalinya sambutan Hari Guru diperkenalkan dan diraikan pada 16 Mei 1972.
Kementerian Pelajaran ketika mengisytiharkan tarikh tesebut memberitahu, 16 Mei diambil kerana pada hari tersebut dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran negara. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 22 Mac 1968
Moyang Tun Tan Siew Sin, Tan Choon Bock antara pelopor perkhidmatan perkapalan di Kepulauan Melayu, iaitu dari Melaka ke Makassar ke Riau dan Pulau Pinang. - 22 Mac 1974
Pasar malam dimulakan di Kuala Lumpur, iaitu di Jalan Masjid India, Lorong Walter Granien di Bukit Bintang dan di Jalan Raja Alang serta Jalan Haji Hussein, Raja Bot. - 22 Mac 1977
Parti Kongres pimpinan Indira Gandhi di India tumpas.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]