PADA 12 Mac 1973, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak merasmikan pembukaan Wisma Radio di Angkasapuri, Kuala Lumpur. Berucap ketika perasmian bangunan bernilai RM13.9 juta tersebut, Perdana Menteri menegaskan bahawa radio ‘bukanlah untuk memberi hiburan semata-mata’.
Beliau menggesa Radio Malaysia melipatgandakan usaha menyampaikan ilmu pengetahuan dan maklumat mengenai dasar kerajaan dan projek- projek untuk memberi rakyat kehidupan yang lebih baik.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 12 MAC 1973
Tempahan ruang perniagaan di Kompleks Pertama Kuala Lumpur yang sedang dalam pembinaan, diiklankan. - 12 MAC 1977
Perkhidmatan kereta api dari Kuala Lumpur ke Haadyai dijangka dilancarkan pada April 1977. - 12 MAC 1980
Empat pemain yang digugurkan dari skuad utama bola sepak Malaysia diserapkan ke pasukan ‘Malaysia B’ bagi menghadapi Kejohanan Piala Presiden di Bangladesh pada 26 Mac.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]