Pengasas KMM, Ibrahim Yaakob meninggal dunia - Utusan Malaysia

Pengasas KMM, Ibrahim Yaakob meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 9 Mac 1979, tokoh politik Melayu yang juga Presiden dan Pengasas Kesatuan Melayu Muda (KMM), Ibrahim Yaakob, 65, meninggal dunia di rumahnya di Jalan Cempaka Pasar Senin di Jakarta, Indonesia. Di republik tersebut, Allahyarham dikenali sebagai Drs. Iskandar Kamil.

Sebahagian besar hayat, arwah memperjuangkan kemerdekaan menerusi tulisannya yang membangkitkan semangat nasionalisme. Ibrahim aktif menulis selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim di Perak. Tulisan Ibrahim tajam dan kerap membidas dasar kolonial sehingga dipandang sebagai seteru British.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 9 MAC 1973
    Tragedi feri Krian yang mengorbankan 27 jiwa di Parit Buntar pada 13 September 1972 melalui penyiasatan awal di Mahkamah Rendah.
  • 9 MAC 1974
    PERNAS menubuhkan Pernas Edar Sdn. Bhd, bertujuan mengedarkan barang-barang keperluan pengguna dengan harga berpatutan.
  • 9 MAC 1974
    Batu nisan di pusara P. Ramlee dipatahkan, Saloma pula menerima ugutan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya