Manickavasagam undur diri - Utusan Malaysia

Manickavasagam undur diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 16 Mac 1972, Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Tan Sri V. Manickavasagam secara rasmi menarik diri daripada pemilihan Presiden MIC.

Langkah itu sekali gus menamatkan krisis pucuk pimpinan parti itu yang timbul sejak setahun sebelum itu. Dengan penarikan diri itu, Menteri Perpaduan Negara, Tun V.T. Sambanthan yang merupakan Presiden MIC secara automatik dilantik semula memegang jawatan itu.

Namun, beliau mengumumkan akan melepaskan jawatan itu pada pertengahan tahun 1973.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 16 Mac 1969
    Skrip filem “Enam Jahanam”, arahan dan cerita oleh P. Ramlee sudah siap disusun dan menunggu masa untuk dijadikan sebuah filem.
  • 16 Mac 1978
    Penyerang handalan, James Wong mengetuai skuad bola sepak Sabah yang buat pertama
    kalinya menyertai Piala Malaysia pada 1 – 24 April 1978.
  • 16 Mac 1982
    Pemegang Amanah Raya kini menyimpan lebih RM96 juta harta pusaka tidak dituntut berbentuk harta dan wang tunai yang terkumpul melalui Baitulmal dan wakaf.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya