PADA 15 Mac 1977 lebih 5,000 anggota pasukan keselamatan Malaysia dan Thailand terlibat menggempur pengganas komunis di kawasan sempadan kedua-dua negara dalam satu operasi bersama paling besar pernah diadakan.
Operasi ‘Daoyai Musnah II’ itu dilancarkan pada awal pagi dengan disertai tentera darat dan udara, polis serta pasukan komando dalam usaha membersihkan kawasan sempadan bersama daripada saki-baki pengganas komunis.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 15 Mac 1969
Sebahagian daripada 370 buah jentera pertanian sumbangan Britain bernilai RM6 juta untuk kegunaan dirancangan kemajuan tanah tiba di Malaysia. - 15 Mac 1971
Angkatan Tentera Malaysia menguji kereta perisai Penhard di hutan Balakong. - 15 Mac 1980
Syarikat Permodalan Amanah Nasional Berhad berjaya meningkatkan keuntungannya bagi tahun 1979 sebanyak 48 peratus kepada RM6.172 juta.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]