PADA 24 Mac 1975, Menteri Besar Kedah, Datuk Sri Syed Ahmad Shahabuddin meletakkan batu asas tapak pembinaan kilang gula Syarikat Gula Padang Terap (KEDAH) Sdn. Bhd. Kilang tersebut dijangka mampu mengeluarkan sebanyak 50,000 tan gula pasir setahun dan dapat menjimatkan kira-kira 80 peratus gula yang diimport dari luar negara.
Projek industri gula tebu itu adalah yang terbesar pernah dilaksanakan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dengan modal pelaburan keseluruhan RM70 juta.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK
- 24 Mac 1973
Sistem Penerbangan Malaysia membawa kira-kira 715,000 penumpang sejak memulakan perkhidmatannya pada 1 Oktober 1972 hingga akhir bulan ini. - 24 Mac 1974
Seramai 50,000 orang mengunjungi Pantai Tanjung Keling di Melaka sempena Pesta Budaya 1974 anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. - 24 Mac 1979
Tulisan rencana setelah tiga tahun Tun Mahathir jadi Timbalan Perdana Menteri.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]