Dunia Arab kecam Anwar Sadat - Utusan Malaysia

Dunia Arab kecam Anwar Sadat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADA 28 Mac 1979, kemarahan dunia Arab terhadap Presiden Mesir, Anwar Sadat yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel memuncak.

Menteri Luar dan Ekonomi Liga Arab bersidang di Baghdad, Iraq bagi membincangkan langkah-langkah sekatan politik dan ekonomi terhadap Mesir sebagai hukuman terhadap tindakan Anwar itu.

Iraq adalah antara negara yang menentang keras tindakan Anwar mencari penyelesaian damai dengan Israel, yang merupakan musuh ketat negara-negara Arab.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:

  • 28 Mac 1968
    Peti yang dianggap “berpuaka” dipindahkan dari istana kecil di Jugra ke Muzium Negara.
  • 28 Mac 1971
    Kolej Islam Malaya yang diasaskan pada 1955 bertukar menjadi Fakulti Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.
  • 28 Mac 1977
    Pertandingan Bola Sepak Piala Malaysia pada tahun 1978 berubah corak dengan memasukkan juara Piala Borneo di peringkat suku akhir.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya