PADA 19 Mac 1977, Wong Swee Chin atau lebih dikenali sebagai Botak Chin, 26, yang ditahan di ‘bilik akhir’ menunggu hukuman gantung, memohon di Mahkamah Persekutuan supaya dilanjutkan tempoh untuknya merayu ulang bicara atas kesalahan memiliki senjata api dan peluru.
Botak Chin yang mengaku salah dan dihukum mati di tali gantung oleh Mahkamah Tinggi pada 11 Januari 1977, mengemukakan permohonannya dalam ‘affidavit’ melalui peguamcara dan peguambela Jagjit Singh.
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 19 Mac 1971
Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti diluluskan di Dewan Rakyat. - 19 Mac 1977
Ulasan novel Sutinah karya A. Samad Ismail yang mendedahkan kisah-kisah misteri dan kehidupan di Kuala Lumpur. - 19 Mac 1979
Nottingham Forest kekal juara Piala Liga England sekali gus layak ke pertandingan Piala Kesatuan Bola sepak Eropah (UEFA).
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib, sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]