PADA 13 Mac 1977, Pengarah Jins Shamsuddin ketika ditanya tentang kelewatan filemnya ‘Menanti Hari Esok’ (MHE) berkata; “Orang tidak tahu sebenarnya Perusahaan Filem Malaysia
(PERFIMA), bukanlah semata-mata menumpukan sepenuh tenaga pekerjanya untuk filem MHE… tetapi di samping membuat filem sendiri, kami banyak membuat filem iklan dan filem dokumentari dan filem komersial. Inilah yang mesti didahulukan. Ini bisnes! dan inilah sumber pendapatan PERFIMA.”
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 13 MAC 1972
Ngah Sidek, bekas sarjan dalam pasukan Senoi Praaq (Orang Perang) menjadi Orang Asli pertama dianugerahkan. - 13 MAC 1978
Barisan Nasional menang di pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kelantan. - 13 MAC 1982
Menteri Besar, Datuk Haji Abdul Rashid Abdul Rahman mengumumkan kerajaan Negeri Pahang bersetuju menubuhkan Bank Tanah.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau emel [email protected]