SULTAN Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mencuba minum dengan bekas pewter ketika melawat ke Kompleks Selangor Pewter di Setapak, Kuala Lumpur bersama Tengku Ampuan Selangor, Tengku Ampuan Rahimah.
Ketibaan baginda berdua yang diiringi Raja Muda dan Raja Puan Muda disambut dengan paluan kompang dari Persatuan Kompang Semangat Baru (PKSB) Kampung Pandan. Sesudah itu, Pengarah Urusan Selangor Pewter, Encik P.K. Yong menyampaikan taklimat ringkas mengenai sejarah pewter dan kemajuan syarikatnya kepada baginda berdua di bilik mesyuarat.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang
urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email: [email protected]