Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1972 memulakan siri pertama perit getir penubuhan negara Bangladesh (pada awalnya di eja Bangla Desh). Disiarkan dalam 13 siri, rencana susunan Ignatius Dev Anand itu memulakan penulisan dengan memperkenalkan Sheikh Mujibur Rahman dengan tajuk “Detik-detik permulaan munculnya seorang hero di Bangla Desh”.
Susur galur penubuhan, persengketaan dan peperangan diceritakan dengan terperinci dalam siri-siri berikutnya.
Penutup siri terakhir berakhir dengan ayat “India telah mempunyai 3,600 persegi kilometer tanah Pakistan, sementara Pakistan mempunyai 125 persegi kilometer. Dan negara baru “Bangla Desh” telah diserahkan kepada rakyat Benggali yang telah menuntut negaranya bermati-matian.”
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email: [email protected]