AKHBAR Utusan Malaysia pada 15 Februari 1975 melaporkan undang-undang mewajibkan semua penunggang motosikal dan skuter serta pembonceng memakai topi keledar berkuatkuasa di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Ipoh dan Pulau Pinang. Ia dikuatkuasakan di empat kawasan itu memandangkan lalulintas di tempat tersebut adalah paling sibuk.
Antara peristiwa lain yang menarik:
- 15 Februari 1971 – Penduduk Rancangan Kemajuan Tanah Sungai Buaya Rawang sambut Presiden Gambia.
- 15 Februari 1972 – Silat lincah di upacara pembukaan rasmi Pasar Datok Keramat, Kuala Lumpur.
- 15 Februari 1973 – Datuk Abdul Rahman Hashim dilantik menjadi Ketua Polis Negara.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian
bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email: [email protected]