DETIK-detik penuh bersejarah upacara menandatangani perjanjian menjadikan Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan pada pukul 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Sultan-sultan dan raja Melayu beserta Yang di-Pertuan Agong menadah tangan memohon rahmat dan hidayah Allah setelah selesai upacara menandatangani Perjanjian “Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan”. Dari kanan ialah Sultan Idris Iskandar (Sultan Perak), Tuanku Syed Putra Jamalullail (Raja Perlis), Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Sultan Selangor), Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (Kedah), Sultan Abu Bakar (Pahang), Sultan Yahya Petra (Kelantan) dan Tuanku Jaafar (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan).
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email: [email protected]