Seramai 349 orang penuntut dari seluruh Malaysia telah mendaftarkan diri di Kolej Tunku Abdul Rahman yang telah beroperasi secara rasmi pada hari ini 25 Februari 1969. Sementara itu seramai di antara 250 hingga 300 penuntut lagi akan diambil setelah keputusan peperiksaan Sijil Seberang Laut dan Sijil Tinggi Pelajaran diumumkan pada bulan hadapan..
ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK:
- 25 Februari 1975
Birendra Bir Bikram Dev, 29 tahun, dimahkotakan sebagai Raja Nepal. - 25 Februari 1977
Perjanjian keselamatan pelayaran melalui Selat Melaka untuk mengelakkan pelanggaran dan pencemaran alam ditandatangani. - 25 Februari 1979
Kisah gadis menyeberangi Padang Pasir Gibson di Australia seorang diri.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Untuk sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email: [email protected]