4 FEBRUARI 1975 SEBAHAGIAN daripada ahli-ahli Persatuan Peladang Kampung Sungai Telor, Kota Tinggi, Johor sedang memulakan tanaman lada di kawasan tanah seluas lapan hektar.
Ia dilihat sebagai menyambut sahutan Rancangan Buku Hijau yang dilancarkan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak pada 20 Disember 1974 yang antaranya menumpukan perhatian kepada penggunaan tanah untuk tanaman jangka pendek dan pekebunan cara berkelompok.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email:[email protected]