MUKA hadapan akhbar Utusan Malaysia bertarikh 5 Februari 1974 melaporkan kejadian lombong pecah di Ipoh, Perak.
Lebih 10 orang dikhuatiri lemas akibat banjir lumpur di Batu 4, Jalan Gopeng dan berpuluh-puluh orang lagi terperangkap dalam gua kuil Sam Poh Tong yang terdapat di situ. Kesemua mereka adalah penghuni gua tersebut sama ada tinggal menetap atau yang datang untuk bersembahyang.
Kejadian banjir kilat berlaku apabila sebahagian empangan takung air Lombong Choong Poh di Kampung Sengat dekat Gunung Rapat pecah secara tiba-tiba selepas hujan lebat.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email: [email protected]