AKHBAR Mingguan Malaysia bertarikh 26 Januari 1975 menyiarkan rencana mengenai langkah Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) di Tanjung Malim menerima 140 orang guru perempuan untuk menjalani kursus perguruan di maktab tersebut bermula 21 Januari 1975. Ia merupakan satu lambaran baharu dalam sejarah MPSI sejak ianya ditubuhkan setengah abad yang lalu.
Menurut Persatuan Murid-Murid Tua MPSI “Kamilah yang banyak mendesak pihak pentadbir MPSI agar pemecahan tradisi ini dibuat dengan seberapa segera memandangkan kepada keuntungan yang akan didapati darinya.”
Pendapat lain pula berkata, “selama ini frastasi di kalangan pelajar-pelajar di MPSI jelas benar kelihatan”. Ada yang berpakaian kurang kemas dan tidak menjaga penampilan diri.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi 03-74556428 atau email: [email protected]