28 Januari 1989 – Datuk Harun Idris dipimpin seorang penyokongnya selepas tewas kepada pendatang baharu daripada Barisan Nasional (BN – MCA) Ong Tee Kiat dalam pilihanraya kecil Parlimen Ampang Jaya.
Datuk Harun mewakili kumpulan bekas ahli UMNO (Semangat 46) yang menggunakan simbol payung disamping lima orang calon bebas yang lain. Beliau yang memperolehi 19,469 undi tewas dengan majoriti 4,250 undi kepada Ong Tee Kiat yang memperolehi 23, 719 undi.
PRK Parlimen Ampang Jaya di adakan ekoran perletakan jawatan Dr. Lim Ang Koon dari BN.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau email ke: [email protected]